Salam sejahtera semua. Last two weeks, i went to Bandung, Indonesia with my fiance & friends. Hehe..kitorg pegi mase tu musim banjir di Perlis & Kedah (2 Nov- 5 Nov). Tapi akibat flight tak bleh turun pada 5 Nov akibat debu Gunung Merapi dah sampai di Bandung, kitorang balik Malaysia pada 6 Nov dari Jakarta.
Secara kesimpulannya lepas balik -----> Bandung bagi saya adalah totally tempat shopping bagi perempuan & kepada sape yang nak bukak bisnes kain @ kepada sape yang nak shopping kawen. Kain baju sana memang murah 2 atau 3 kali ganda. Kalo nak kate berjalan ke tempat menarik, mungkin Tangkuban Parahu lah tempat yang ada pun (Gunung berapi yang masih berasap). Selain Tangkuban Parahu, saya pun tak dapat nak pastikan tempat lain yang menarik selain tempat shopping =P.
Banyak cabaran yang dilalui semasa nak pergi & balik. Kitorang berlima (saya, Cik Yana , Nazeri, Shaz & Kak Nila) pada mulanya plan nak nek ketapi dari Perlis. Plan nya mcm nak relax2 boleh baring2 tido dalam ketapi. Kalo dari Perlis nak ke KL nek ketapi yang ada tempat tido tu bahagian bawah harganya RM53 & atas RM48. Tapi akibat air naik kitorang pon teleponlah stesen ketapi arau cemane? diorang suh kitorang nek kat alor star. Kitorang pun tanpa leceh terus ke alor star pasal takut tak sempat mintak tolong Zul & adik hantar, sampai2 orang stesen ketapi alor star kate train terkandas di Padang Besar pasal banjir. So depa bagi lah balik duit and kitorg amik lah bas etika ke KL . Seb bek selesa =) Sory lah kepada mangsa banjir di UniMAP masa tu kami dah amik cuti 3 atau 4 bulan awal. Tak sempat tangguh pun. Lagipun tak tau kata nak banjir. Sampai kat Bandung baru tau Perlis & Kedah banjir teruk.
So on 2Nov petang tu dalam kul 4pm selepas 2jam dalam flight gitu, kitorang sampai di airport Bandara Husein Sastranegara, Bandung. Masa kat Malaysia Shaz dah contact Pak Ade (tourist guide) untuk amik kitorang kat sane. So sepanjang 4 hari kat Bandung kitorang dibawa oleh Pak Ade. Kalo pi Bandung better amik charted van pasal di Bandung memang sesak gile. Kalo nak naik 'taksi' atau 'angkutan' (mcm van sapu) memang tak berjalan lah korang. Yelah, dah la sesak then bercampur skali dgn orang awam. So nanti abis masa dalam angkutan aje. So better amik charted van. So 4 hari die amik dalam RM400. So bahagi 5 orang kira ok lah kan? Ke mana aje Pak Ade sudi membawa kami. hehe..
So kalau nak tukar duit kat sana pun di Bandung amik rate tinggi gak berbanding di KL Sentral Malaysia (masa saya pergi tu la). Tapi kalau nak tukar, tukar kat bank khas untuk money changer kat tengah Bandar Bandung tu. Jangan tukar kat money changer tepi2 jalan, nanti die amik lagi mahal. Masa kitorang aritu rate yang diorang amik ialah RM1 = IDR2870. Sebelum pegi beli belah, kena ada satu list convert IDR ke RM pasal nanti konpius oo bile nak shopping. Diorang ni niaga men ribu2 & juta2. pening kepala otak nak convert. haha.
Hari 1st tu kitorang pergi check-in kat Retanata Homestay kat pinggir pekan Bandung tu. Kitorg amik rumah kayu yang ada 2 bilik, ruang tamu & 2 bilik air. Wifi pun ada. Harganya untuk semalam ialah IDR900000 tapi dapat diskaun IDR720000 satu malam & kalo convert dalam RM250/semalam. Plus satu extra bed IDR60000/semalam (RM20) pasal dalam umah tu ade empat je tilam. Kitorang berlima. siap sarapan semua. Mahal jugak rupanya tapi devide kpd 5org. Ok la kot dalam RM170 seorang untuk 3 malam (RM270 x 3malam /5 org). Kalau nak yang murah boleh je carik kat Bandung tu. Tapi puas hati lah duduk rumah kayu tu, selesa bangat.hehe. Pastu kitorg pergi tukar duit & makan kat Restoran Raja Melayu. Makanan kat Bandung bagi aku lebih kurang je dengan makanan kat Malaysia. Cuma adalah sikit2 yang macam pelik. Saya order air nama air tu Laksamana Mengamuk. hahaha. Tapi di Bandung tak susah cari makanan halal pasal kitorg cakap je kat Pak Ade, so dia terus bawak kitorang ke tempat yang sesuai.hehe. harga makanan die lebih kurang macam kat Malaysia je. Silap2 lagi mahal. Purata restoran2 yang kitorang pergi kalau order makanan sorang kena bayor IDR35000 = RM 12.50 (secara purata nya).
Hari kedua kitorang pergi Pasar Baru. Ini adalah tempat yang paling popular kat Bandung. Memang syurga kain lah. Saya & Nazeri pun tempah suit kat D'fashion kat dalam Pasar Baru. Siap hantar kat hotel lagi. Rata2 kain & baju yang dijual kat Pasar baru ni murah sekali ganda atau 2kali ganda dari harga di Malaysia. Contohnya kalau tempah suit di Malaysia, busuk2 RM600 mesti kena. Tapi kat sana boleh dapat dalam RM200 atau lebih skit. Yana & frens plak tak hingat beli kain sampai kitorang rasa RM1000 seorang (saya & yana) tu abis kat dalam Pasar Baru je. Bayangkan 4 hari di Bandung , hari kedua sampai hari last. Asik pergi singgah Pasar Baru aje . itu pon tak cukup lagi. Hari second tu memang fulltime di Pasar Baru. Kitorang beli banyak kain pasal nak bagi family pakai masa wedding nanti.insyaallah. =)
Tips kalau nak murah kat sana kena tawar gila kentang punya dulu sehingga 50% less dahulu . Kalau boleh tiru cakap orang indo, better tiru skit2. Kalau diorang tahu orang luar memang diorg tekan harga walaupun sebenarnya dah murah berbanding dengan harga kat Malaysia. Kalau kat pasar baru tu nanti boleh jumpa orang yang asik mengekor aje ke mana kita pergi nak jual keychain atau bag. Nasihat saya jangan beli kat diorang pasal mahal. Better beli kat kedai pasal diorang yang mengekor ni pon beli bag yang nak dijual tu kat kedai bawah tu. Kalao kat pasar baru tu, kalo minat kain tu jangan terus beli, jalan2 dulu pasal kain die sangat banyak & harga berubah2 mengikut kedai. So hari second tu sampi kul 5pm kat Pasar Baru .Diorg tutup jam 5pm waktu Indonesia barat (lambat sejam dari waktu Malaysia). Pastu kitorg pun pergi la jalan2 kat Bandar Bandung tu pergi ke beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kedai Toko 3 & Rumah Mode. Tapi saya tak beli ape pun kerana tidak menarik hati. Yang saya beli simcard telefon jenama Mentari untuk call orang kat Malaysia. hehe.Penting gak nak beli simcard ni pasal ari last tu kan flight delay. So boleh la contact family di Malaysia bagitau tentang hal tu.kalo nak call Pak Ade lepas shopping pon senang.hehe.
Hari ketiga tu pergi ke Tangkuban Parahu iaitu Gunung Berapi yang aktif tak aktif sangat la. Tapi berasap je saya tengok. Takut gak meletup macam kat Gunung Merapi. huhu..Strawberry kat sana sangat lah manis. Tapi aritu tertipu pasal depa jual mahal kitorang beli. Pak Ade cakap baik beli kat on da way nak balik tu. Dalam 5 ringgit je. Kitorang beli dalam 15 ringgit gak la. tertipu. huhu...Kat atas gunung tu sejuk. Kalau nak datang kena awal pagi pasal nant ada kabus tak nampak kawah. Kat situ kalo nak beli t-shirt pon ok pasal boleh tawar gile kentang. Saya beli lah t-shirt & keris hiasan RM15 . Penjual tu kata dulu Raja Jawa guna keris yang bentuk macam tu. entahlah, tapi macam menarik. seb baik lepas kastam.haha.
Balik dari Gunung Merapi tu terus ke Restoran Kg. Daun. Member2 kat Malaysia cakap better pergi malam sebab suasana malam lagi cantik. Tapi kitorang terpaksa pergi siang jugak pasal agak jauh la kalau nak patah balik malam tu. Restoran Kg. Daun tu memang terbaik. Cantik. Harga pon ok. Makanan pon ok. Cara nak panggil pelayan die pon kreatif. Hehe. Kalo nak panggil pelayan die, kite kena ketuk mcm satu alat beduk ni dinamakan 'kentongan'. Then nanti pelayan tu datang lah. Lepas makan tu kitorang pon balik bandar singgah Pasar Baru lagi . sebelum tu pergi tukar duit lagi kat money canger. terbaikk...nak shopping lah katakan. Lepas shopping2 tu balik singgah kat shopping market beli air & maggie. haha. bekalan untuk malam hari. Saya beli soket 2 pin untuk cahrge henpon. Plug kat Bandung guna soket dua pin tu. Kalau beli kat sana pun murah dah soket tu.
Nasi Goreng Kg. DaunHari keempat dah nak balik dah. Tapi pagi tu singgah lagi Pasar Baru untuk last shoot. haha. Sedihnya saya terpaksa betulkan suit yang ditempah tu pasal mcm tak padan. Seb bek sempat betulkan dan orang kedai tu hantar ke airport terus. Tapi masih lagi kurang cantik suit yang dibetulkan tu pasal tak ikut badan . Bila dah samapi airport & ucap selamat tinggal kat Pak Ade, kitorang pon tunggu lah flight. Sekali flight delay pasal debu Gunung Merapi dah sampai Bandung. Kitorang terpaksa ke Jakarta nek di airport Soekarno Hatta esok paginya kul 6am ke KLIA. Seb baik dapat balik pasal keesokan harinya dalam berita semua flight dibatalkan ke Jakarta & Bandung.Alhamdulillah =)
P/S : Next month nak pergi Singapore lah pulok. Kerja. =)







3 comments:
nice la encik! :)
salam tuan empunya blog..
dapat email sy x, goodwillhunting08@yahoo.com? harap dpt respon drp tuan ya..
actually sy nk tau psl tpt buat suit@nama kedai kt pasar baru tiu..n brp harga dia..
tqvm bro
azrin
yup. saya dah balas. sorry for the late reply.
Post a Comment